Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan
perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima
bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama
Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri
pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri
pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri
Pertama |
Penggunaannya
|
aku (tunggal)
|
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
|
saya (tunggal)
|
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam
suasana rasmi
|
hamba (tunggal)
|
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
|
patik (tunggal)
|
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja
atau sultan
|
beta (tunggal)
|
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah
kepada rakyat
|
kami (jamak)
|
digunakan kepada diri orang yang berkata serta
temannya apabila bercakap dengan orang kedua
|
kita (jamak)
|
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri
orang kedua
|
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
|
contoh kata nama diri pertama
|
tunggal
|
beta, patik, aku, saya
|
jamak
|
kita, kami, kita orang
|
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual
dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk,
iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk
|
contoh kata Ganti Diri kedua
|
Tunggal
|
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
|
Jamak
|
kalian
|
Kata Ganti Diri
Kedua |
Penggunaannya
|
anda (tunggal)
|
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak
berhadapan dengan kita
|
awak (tunggal)
|
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita
|
engkau (tunggal)
|
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga |
tuanku (tunggal)
|
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
|
kalian (jamak)
|
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
|
kamu (tunggal dan jamak)
|
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita
|
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang
ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua
bentuk.
Bentuk
|
Contoh kata ganti diri ketiga
|
tunggal
|
ia, dia, beliau, baginda
|
jamak
|
mereka
|
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda (tunggal)
|
digunakan untuk raja dan sultan
|
beliau (tunggal
|
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
|
dia dan ia (tunggal)
|
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa
dan rakan
|
mereka (jamak)
|
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih
daripada seorang
|
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat
esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi
pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam
lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu
dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan Banyak / Jamak
|
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami
kita
|
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
|
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
|
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
|
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
|
dia
ia
nya
beliau
baginda
|
mereka
|
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan
nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda
soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda
|
Orang
|
Tempat
|
Masa
|
Hal
|
Bilangan
|
apakah
|
siapakah
|
manakah
|
bilakah
|
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
|
berapakah
|
Kata Ganti Nama
|
Penggunaannya
|
apa
|
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
|
siapa
|
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
|
mana
|
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda,
dan tempat
|
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama
tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah
seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat
|
Penggunaannya
|
sana
|
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
|
sini
|
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
|
situ
|
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
|
Benda, orang, Binatang
|
ini, itu
|
Tempat
|
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat
dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
|
Keadaan
|
begini, begitu, demikian
|
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada
penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh
bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan
ayat perintah sahaja.
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda,
orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti
tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek dan letaknya di depan kata
nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang
kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau
seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya
adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti
Umum / Tak Tentu
|
Ayat-ayat contoh
|
|
apa-apa
|
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi
gurunya.
|
|
Siapa-siapa
|
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan
itu.
|
|
Mana-mana
|
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
|
|
Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
|
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu
|
|
0 ulasan:
Catat Ulasan